Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklumbalas
Peta Laman
KAJANG, 16 MEI 2023- LAWATAN KERJA YB MENHAN DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI STRIDE 2023

STRIDE telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh YB Menteri Pertahanan Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hassan dan Timbalan Menteri Pertahanan YB Adly bin Zahari di Kompleks Induk STRIDE hari ini.

Ketibaan Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan telah disambut oleh YBhg. Dato’ Aminudin bin Yahaya, Ketua Pengarah STRIDE dan warga STRIDE.
Majlis ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan tali silaturahim sesama warga kerja STRIDE di samping berkongsi kegembiraan sempena hari lebaran tahun ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera (ATM), YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang, Pengurusan Tertinggi Mindef dan pegawai dari Bahagian Teknologi Persenjataan Batu Arang dan Bahagian Teknologi Maritim, Lumut.

@StrideMindef
@MindefMalaysi