Pembangunan dan Pengesahan Spesifikasi Perolehan Pertahanan
- Membangun, mengesah dan menyokong spesifikasi perolehan pertahanan.
Penilaian Teknikal Perolehan
- Menentukan kesesuaian peralatan/sistem yang akan digunakan oleh ATM.
- Berdasarkan sampel, risalah, spesifikasi dan piawaian.
Kalibrasi dan Pengukuran Piawaian
- Berkeupayaan untuk menyediakan pengukuran yang jitu untuk Elektrik, Metrologi, Suhu, Mekanikal, EMC dan Frekuensi Radio (RF).
Pemeriksaan Pra-Penghantaran dan Ujian Penerimaan Akhir
- Pemeriksaan yang dijalankan bagi memastikan prestasi yang maksimum daripada kenderaan/peralatan yang diperolehi.
- Ujian yang dijalankan untuk menentukan kenderaan/peralatan memenuhi keperluan atau spesifikasi.
- Ujian kimia, fizikal atau prestasi.
Ujian, Penyiasatan dan Analisis
Makmal
- Untuk memenuhi permohonan dan permintaan daripada ATM berdasarkan kepada bahan atau sampel yang diberikan.
Lapangan
- Untuk menentukan keupayaan dan kesesuaian peralatan, bahan atau sistem yang digunakan oleh ATM dalam operasi dan persekitaran ketenteraan.
- Mengendalikan analisis kegagalan dalam semua kemalangan yang melibatkan pesawat udara, kenderaan dan bahan letupan ATM.